Friday, November 24, 2006

Balik Rumah

Mahu ucap Selamat Hari Raya, bulan Syawal sudah habis. Memang orang Malaysia raya sebulan, tapi masuk bulan kedua, itu sudah melampau.

Jadi, agak-agaknya cukup rasanya kalau saya ucap: Saudara apa khabar? Harapnya saudara sihat. Keluarga bagaimana? Harapnya semua baik-baik sahaja. Wah, pelajaran/ bisnes/ kerja mesti makin bagus.

Kata kajian, orang Melayu suka ditanya tentang kesihatan. Orang India suka ditanya tentang keluarga. Bangsa Cina pula suka ditanya tentang pekerjaan.

Doa saya, sudah lama tidak berjumpa ini, soalan-soalan saya itu buat kita erat, baik macam dulu semula

:)

Seminggu lalu, saya berjanji untuk menulis benar-benar, er, maksudnya bukan basa-basi sahaja.

Cuma rasanya tulisan itu bukan malam ini. Saya dalam mood membaca, jadi kalau saya menulis, ia biasanya jadi tunggang-langgang (iyalah) ;)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home